Bacaan istigfar yang paling sempurna adalah sebagaimana yang terdapat dalam sahih al-Bukhari dari Syaddad bin Aus r.a, dari Nabi SAW, Baginda bersabda maksudnya : “Penghulu istigfar adalah apabila engkau mengucapkan : Sebutan Dalam Rumi : Allahuma anta robbi laa ilaha'illa anta, Khalaqtani wa ana abduka, Wa anaa ala ahdika, Wawa'dika mastato'tu a uudzu bika minsyarri maa shana'tu, Abuu 'ulaqa bini'matika alaiya wa abuu 'ubizdanbii, Faghfirlii, Faghfirlii, Faghfirlii fainnahu la yaghfirudzunuu ba illaa anta. Terjemahannya :
"Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan selain Engkau, Engkau ciptakan aku dan aku hamba-Mu, dan aku berada dalam janji-Mu menurut kemampuanku, aku berlinding dengan-Mu daripada kejahatan yang kulakukan, aku sedari nikmat-Mu kepadaku, dan aku sedari akan dosa-dosaku, ampuni aku, ampuni aku, ampuni aku kerana sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa kecuali Engkau"
Ambil sedikit masa (cth : 15 - 30 minit selepas maghrib) untuk belajar membaca al-Quran. InsyaAllah, semoga kita berupaya berubah drpd buta kepada celik al-Quran.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam,
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat),
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan,
Tunjukilah kami jalan yang lurus,
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Sebahagian drpd ayat ke-2 and ayat ke-3 surah at-Talaq atau lebih dikenali dengan "Ayat 1000 Dinar" merupakan amalan yang terkenal dalam hal berkaitan rezeki dan perlindungan diri.
Ramai yang mengamalkan ayat ini untuk tujuan memohon kepada Allah SWT agar dikurniakan kemurahan rezeki, kemudahan dan penyelasaian kepada masalah yang dihadapi.
Amalkannya secara istiqamah.
Sebutan dalam rumi :
Waman yatta qillaha yaj'al lahu makhroja.
Wa yarzuquhu min haithu la yahtasibu wa man yatawakal 'alallahi fahuwa hasbuhu innallaha baalighu amrihi qad ja'alallahu likulli syai in qadra.
Terjemahannya :
Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
Ampuni aku ya Allah, Tuhan kepada Makhluk-makhluk
Ampuni aku ya Allah, daripada segala kesalahan
Ya Tuhanku, tambahkan daku, ilmu yang berguna
Dan taufiqkan, dengan amalan yang diterima (dimakbulkan)
Dan berikan aku, rezeki yang luas
Dan terimalah ke atas kami, taubat yang suci (taubat nasuha)
Allahu la ilaha illa Huwa, Al-Haiyul-Qaiyum
La ta'khuzhuhu sinatun wa la nawm,
lahu ma fis-samawati wa ma fil-'ard
Man zhal-lazhi yashfa'u 'indahu illa bi-izhnihi
Ya'lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum,
wa la yuhituna bi shai'im-min 'ilmihi illa bima sha'a
Wasi'a kursiyuhus-samawati wal ard,
wa la ya'uduhu hifdzhuhuma Wa Huwal 'Aliyul-Azheem
Terjemahannya :
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,
Yang Tetap hidup,
Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).
Yang tidak mengantuk usahkan tidur.
Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.
yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam.
Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.
Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.
Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.
Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk.
Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda.
Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
Solat Fardhu adalah kewajipan setiap umat Islam di dunia ini. Manakala solat sunat adalah sangat digalakkan bagi setiap umat Islam.
Solat akan menjadi lebih kusyuk jika kita mengetahui makna atau maksud bacaan dalam solat kita.
Rukun-Rukun Solat
Niat
Takbiratul Ihram
Berdiri tegak bagi yang berkuasa ketika solat fardhu dan bagi yang tidak berkuasa, disebabkan sakit dan sebagainya boleh melakukannya secara duduk, berbaring , telentang atau dengan isyarat.
Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat.
Rukuk dengan toma`ninah.
I`tidal dengan toma`ninah
Sujud dua kali dengan toma`ninah
Duduk antara dua sujud dengan toma`ninah
Duduk tasyahud akhir dengan toma`ninah
Membaca tasyahud akhir
Membaca selawat ke atas nabi pada tasyahud akhir
Membaca salam yang pertama
Tertib ertinya mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun tersebut.
Doa ini amat besar maknanya. Ia menggambarkan kebergantungan dan pengharapan yang amat tinggi dari sang makhluk kepada Khaliqnya.
Amalkanlah doa ini dan hayatilah maksudnya. Nescaya akan datang rasa sakinah dan tawaqal yang tinggi kepada Allah Ta`ala di dalam diri kita semua, insyaAllah.
Dari Anas bin Malik radliallahu ‘anhu, bahwa beliau mendengar Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda kepada Fatimah:
ما يمنعك أن تسمعي ما أوصيك به ، أو تقولي إذا أصبحت وإذا أمسيت : يا حي يا قيوم برحمتك أستغيث ، أصلح لي شأني كله ، ولا تكلني إلى نفسي طرفة عين
“Apa yang menghalangimu untuk mendengarkan nasihatku, bacalah ketika pagi dan petang hari: Ya hayyu ya qayyuum birahmatika…..(sehingga habis).”
(Riwayat Nasa’i, al-Bazzar & al-Hakim, dinilai hasan oleh Nasiruddin al-Albani)
Wahai Tuhan yang Maha Hidup, wahai Tuhan yang Maha Berdiri Sendiri,
Dengan rahmatMu aku memohon pertolongan,
Perbaikilah untukku urusanku semuanya,
dan janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku walau sekelip mata.