Showing posts with label al-Quran. Show all posts
Showing posts with label al-Quran. Show all posts

Wednesday, May 11, 2016

Surah Yasin Dalam Rumi


Imej telah di'optimize' utk bacaan secara fullscreen dalam iPhone.

Audio MP3 percuma bacaan yasin (surah ke-36) boleh di download di sini : LINK

























Source : Almumayyaz (Al-Quran Tajwid Warna) Anda boleh membeli Al Quran ini jika berkemampuan...

Monday, December 1, 2014

Belajar Baca Al-Quran Langkah Demi Langkah

Ambil sedikit masa (cth : 15 - 30 minit selepas maghrib) untuk belajar membaca al-Quran. InsyaAllah, semoga kita berupaya berubah drpd buta kepada celik al-Quran.

Saturday, October 5, 2013

Surah Al-Fatihah Dalam Rumi






Sebutan Dalam Rumi :

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillahi rabbil alamin,
Arrahmaanirrahiim,
Maaliki yaumiddiin,
Iyyaka na'budu waiyyaaka nastaiin,
Ihdinashirratal mustaqim,
Shiratalladzina an’amta alaihim ghairil maghduubi alaihim waladhaalin.

Terjemahannya :

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam,
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat),
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan,
Tunjukilah kami jalan yang lurus,
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Source :
1) Source 1
2) Source 2
3) Source 3
4) Source 4

Monday, September 30, 2013

Ayat 1000 Dinar Dalam Rumi

Sebahagian drpd ayat ke-2 and ayat ke-3 surah at-Talaq atau lebih dikenali dengan "Ayat 1000 Dinar" merupakan ‎amalan yang terkenal dalam hal berkaitan rezeki dan perlindungan diri.

Ramai ‎yang mengamalkan ayat ini untuk tujuan memohon kepada Allah SWT agar dikurniakan kemurahan ‎rezeki, kemudahan dan penyelasaian kepada masalah yang dihadapi.

Amalkannya secara istiqamah.










Sebutan dalam rumi :

Waman yatta qillaha yaj'al lahu makhroja.

Wa yarzuquhu min haithu la yahtasibu wa man yatawakal 'alallahi fahuwa hasbuhu innallaha baalighu amrihi qad ja'alallahu likulli syai in qadra.


Terjemahannya :

Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.


Source :
1) Source 1
2) Source 2
3) Source 3
4) Source 4

Sunday, August 18, 2013

Ayat Kursi Dalam Rumi





Sebutan dalam rumi :

Allahu la ilaha illa Huwa, Al-Haiyul-Qaiyum
La ta'khuzhuhu sinatun wa la nawm,
lahu ma fis-samawati wa ma fil-'ard
Man zhal-lazhi yashfa'u 'indahu illa bi-izhnihi
Ya'lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum,
wa la yuhituna bi shai'im-min 'ilmihi illa bima sha'a
Wasi'a kursiyuhus-samawati wal ard,
wa la ya'uduhu hifdzhuhuma Wa Huwal 'Aliyul-Azheem

Terjemahannya :

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,
Yang Tetap hidup,
Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).
Yang tidak mengantuk usahkan tidur.
Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.
yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).


Source :
1) Source 1
2) Source 2
3) Source 3